Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Sunday, February 03, 2008

Pesan Rasulullah Kepada Ali

Rasulullah S.A.W berpesan kepada Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah:-

Wahai Ali, kamu denganku sama seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tiada lagi nabi selepasku. Pada hari ini aku berpesan kepadamu dengan satu pesanan yang jika kamu menjaganya, kamu akan hidup mulia atau mati dalam keadaan syahid. Allah pula akan membangkitkan kamu pada Hari Kiamat nanti sebagai orang yang fakih dan berilmu pengetahuan.

- Wahai Ali, Sesiapa yang memakan benda yang halal, agamanya menjadi murni dan hati menjadi lembut. Tiada sekatan bagi doanya untuk dimakbulkan.

- Wahai Ali, Sesiapa yang memakan benda yang syubhah, agamanya menjadi celaru dan hatinya menjadi gelap. Sesiapa pula yang memakan benda yang haram, hatinya menjadi mati, agamanya menjadi rendah, keyakinannya menjadi lemah. Allah pula menyekat doanya. Ibadahnya menjadi kurang.

- Wahai Ali, apabila Allah marah atas seseorang, Dia memberi rezeki daripada harta yang haram. Apabila kemarahan ke atasnya bertambah, Dia menghantar syaitan sebagai wakil dengan memujinya lalu menjadi sahabatnya. Syaitan menyibukkannya dengan dunia daripada agama. Dia memudahkan perkara-perkara dunia sambil berkata ``Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.''

- Wahai Ali, tiada sesiapa yang bermusafir mencari perkara yang haram, melainkan ia berjalan dengan syaitan sebagai temannya, dan tiadalah ia menunggang kenderaannya melainkan syaitan sebagai penumpang.

- Dan tiada sesiapapun yang mengumpul harta yang haram melainkan syaitan yang memakannya.

- Tiada sesiapapun yang lupa membaca nama Allah ketika berjimak melainkan syaitan turut campur dalam urusan anaknya.

Demikianlah firman Allah dalam surah Israk ayat 64 ``Dan turut campur dengan mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak mereka, dan janjikan dengan mereka dengan janji-janjimu.''

- Wahai Ali, Allah tidak menerima sembahyang melainkan ada wuduk, tidak juga menerima sedekah daripada benda-benda yang haram.

- Wahai Ali, seorang mukmin sentiasa bertambah pegangan agamanya selama mana mereka tidak makan benda yang haram.

- Sesiapa yang menyisih diri daripada ulama, matilah hatinya dan menjadi buta daripada berbuat ketaatan kepada Allah yang Maha Tinggi.

- Wahai Ali, siapa yang membaca Al-Quran tetapi tidak menghalalkan benda yang halal dan tidak mengharamkan benda yang haram di dalamnya, ia termasuk dari kalangan mereka yang membuang Kitab Allah ke belakang mereka.

Wallahualam

No comments: