Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Wednesday, January 23, 2008

Tangisan Seorang Anak Palestin


Translation puisi anak Palestin

Palestinian.. I am Palestinian
I carved it on all the fronts
With bolding handwriting rising above all headlines
My name follows me, lives with me and nurtures me
It ignites the fire in my soul and pulses through my veins
The caves and mountains know me
I did my best then asked the nation to be
Salah Al-Deen is calling from deep inside me
All of my Arab identity calls for revenge and freedom
And my flags that were folded up on the hills of Heteen
And the voice of Mu'athen Al-Aqsa* alarmed, calling for help
And thousands and thousands of prisoners
Are calling on the nation and chanting
Telling them : To Al-Quds (To Jerusalem)
To a war denouncing oppression and destroying Zionism
Raising Palestinian flags in the skies
And repeating my words
Palestinian..Palestinian..Palestinian

Ini merupakan klip video yang terlalu menyentuh hati ana..
Sehinggakan ana tidak sedar air mata mengalir..
Sesungguhnya sebagai seorang Muslim marilah kita sama-sama
menghulurkan bantuan buat saudara-saudara kita disana..
Walaupun sekadar doa dan kebencian buat musuh-musuh ALLAH..

Ya ALLAH kepada Mu aku pohonkan keselamatan
pejuang-pejuang mujahidin dan saudara-saudaraku
yang sedang ditindas oleh musuh-musuhMu..
Hancurkanlah mereka Ya ALLAH..
Sesungguhnya KAU lah yang Maha Perkasa..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, January 22, 2008

Tutup Pintu Ketika Maghrib

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jabir R.A berkata telah bersabda RasuluLLAH S.A.W : "Jika malam mulai menjelang-masuk waktu maghrib-tahanlah anak-anak di dalam rumah kerana pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Setelah satu jam, lepakanlah mereka dan tutuplah pintu rumah kamu serta sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutuplah bekas-bekas air dan sebutlah nama ALLAH.Tutuplah bejana-bejana kamu dan sebutlah nama ALLAH meskipun dengan hanya melintangkan sesuatu di atasnya. Dan padamkanlah lampu-lampu kalian."

SAMBUTAN TAHUN BARU (MASEHI) AMALAN SIAPA???

Firman Allah S.W.T.:".... ..Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (Al-Baqarah: 140)

Setiap tahun, tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Disember, pada detik 12 tengah malam mereka berkumpul di tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang semuanya boleh menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial.

Di Malaysia , tarikh ini juga diraikan juga oleh sebilangan umat. Pada hari tersebut, lazimnya akan diadakan majlis keraian yang tidak juga kalahnya dari segi kemeriahannya. Malah di media-media akan dipaparkan hiburan, pembakaran bunga api serta berbagai-bagai aktiviti lagi.

Persoalannya di sini, wajarkah sambutan seperti ini diadakan? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru...!! Bagi umat Islam, ini bukan tarikhnya. Lantas apakah yang diraikan dan disambut begitu beria-ia?

Istilah Tahun Masehi

Perkataan Masehi biasanya dirujuk pada tarikh tahun menurut kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari Bahasa Arab. Awal tahun Masehi ini dirujuk pada tahun yang dianggap kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa a.s. (Al-Masih), maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazareth.

Manakala istilah "Sebelum Masehi" (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang-orang yang bukan penganut Kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem Penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8. Melalui bahasa Inggeris dan dipergunakan secara antarabangsa, istilah Masehi disebut sebagai 'Anno Domini' (AD) dan sebelum Masehi disebut sebagai "Before Christ" (BC).

Asal Hitungan Tarikh Masehi

Sistem penentuan dan perhitungan hari bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda di langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ilmu ini berkembang sejak zaman pemerintahan Babylon kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM.

Penentuan hari atau bulan melalui kaedah ini, tidak salah. Malah Allah S.W.T telah berfirman melalui ayatNya yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan kegunaannya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)" (Yunus: 5)

Namun apa yang perlu diteliti adalah penggunaan bulan dan hari yang diguna pakai oleh seluruh dunia sekarang di mana fahaman gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hari dan bulan, apatah lagi PERAYAAN TAHUN BARU!

Kalendar Arab Jahiliyah

Di zaman pra-Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar Qamariah. Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur-adukkan perbuatan melewatkan tarikh dan mengawalkannya sehingga kiraan menjadi begitu keliru.

Golongan Arab Jahiliyah pra-Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-semata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar. Mereka berasa keberatan disebabkan oleh musim haji yang adakalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turut iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Untuk membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukan oleh Arab Jahiliyah, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah Agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa." (At-Taubah: 36)

Pemberian Nama Bulan-bulan Masehi

Sejak zaman Romawi, iaitu sebelum pemerintahan Julius Caesar; mereka membahagikan bulan-bulan dalam 10 bulan sahaja iaitu:

1. Martius (March)

2. Aprilis (April)

3. Maius (May)

4. Junius (June)

5. Quintilis (July)

6. Sextilis (August)

7. September

8. October

9. November

10. December

Seperti kelazimannya, apabila sesuatu perkara yang mempunyai pengaruh gereja, maka ianya akan mempunyai maksud atau pengertian tertentu yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan penentuan bulan-bulan ini di mana pemberian nama ini, ada kaitannya dengan DEWA bangsa Romawi.

Bulan Martius (March) mengambil nama Dewa Mars, manakala nama bulan Aprilis (April) diambil dari perkataan Aperiri, sebutan untuk cuaca yang nyaman di dalam musim panas. Seterusnya bulan Maius (May) mengambil nama Dewa Maia dan bulan Junius (June) mengambil nama Dewa Juno. Sedangkan nama-nama Quintrilis, Sextrilis, September, October, November dan December adalah nama yang diberikan berdasarkan angka urutan susunan bulan. Quintrilis bererti bulan kelima, Sextilis bulan keenam, September bulan ketujuh, October bulan kelapan dan December bulan kesepuluh.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, didapati bahawa suatu ketika dahulu permulaan tarikh (awal tahun) jatuh pada bulan Mac (March). Hal ini berkait rapat dengan musim dan pengaruhnya kepada tata kehidupan masyarakat di Eropah. Bulan Mac (tepatnya 21 Mac) adalah permulaan musim panas (equinox musim panas). Awal musim panas disambut dengan perayaan sukacita kerana dipandang sebagai bermulanya kehidupan baru, setelah selama 3 bulan mengalami musim dingin. Jadi, kedatangan musim panas ini dirayakan sebagai PERAYAAN TAHUN BARU setiap tahun. Setelah beberapa ketika, bulan yang hanya terdiri dari 10 bulan itu kemudian ditambah menjadi 12 bulan, tambahan 2 bulan, iaitu bulan Januarius dan Februarius.

Januarius adalah nama yang berasal dari nama Dewa Janus, dewa ini berwajah dua; menghadap ke hadapan dan belakang, hingga kononnya dapat memandang masa lalu dan masa hadapan. Oleh sebab itu, Januarius ditetapkan sebagai bulan pertama. Februarius pula diambil nama sempena dari suatu upacara Februa, iaitu upacara bagi menyambut kedatangan musim panas. Dengan ini, Februarius menjadi bulan kedua, sebelum musim panas datang pada bulan Mac.

Begitu juga bulan-bulan yang terdahulu, letaknya di dalam tarikh baru menjadi tergeser dua bulan, dan susunannya menjadi Januarius, Februarius, Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintrilis, Sextilis, September, October, November dan December.

Jadi kesimpulannya, tarikh tahun Masehi yang dipakai secara antarabangsa sekarang ini ternyata berdasarkan perhitungan astrologi Mesopotamia yang dikembangkan oleh ahli astronomi para penyembah dewa-dewa. Maka nama-nama bulan pun diguna pakai sempena nama dewa serta tokoh pencetus tarikh kalendar Masehi.

Tradisi Sambutan Tahun Baru Masehi

Tahun baru Masehi pertama kali dirayakan iaitu pada zaman kaisar Romawi, Julius Caesar (45 SM), untuk menghormati Dewa Janus (dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan dewa pintu dan semua permulaan). Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan menyebar ke Eropah (abad permulaan Masehi). Seiring dengan munculnya dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan "suci".

Cara Sambutan

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah; iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil , pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil berbondong-bondong menu j u pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainnya di dalam pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa Lemanja, dewa laut yang terkenal dalam legenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, j ika mereka memakan sisa hidangan pesta perayaan "New Year's Eve" pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.

Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat kebudayaan masing-masing.

Maka sebagai umat Islam di Malaysia, dimanakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut. Perayaan ini tidak ada disebut dalam Hadith dan Al-Quran, tiada dalam adat dan kebudayaan dan tiada satu pun sejarah yang dapat dikaitkan dengan kewajaran sambutan tersebut. Jadi mengapakah perlunya kita berhabis-habisan membelanjakan wang ringgit bagi meraikannya?

Lebih bahaya lagi kiranya kita melihat dari sudut aqidah! Orang-orang Barat ( Rome ) meraikannya kerana menghormati dewa mereka, Janus. Kita sebagai umat Islam apa yang perlu dihormati? Dan perlu ditanya juga, apakah hukum meraikannya dan dimana letaknya aqidah kita?

Tidakkah ini jarum sulit dan dakyah barat (kafir) yang telah berjaya dimenterai ke dalam budaya kita, hinggakan sambutan ini menjadi satu kemestian yang perlu diraikan setiap tahun....!

Wallahu'alam. ...

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang menyerupai perbuatan suatu kaum, maka ia termasuk didalamnya". (HR Abu Dawud, Ahmad dan At-Thabrani) .

*Artikel di atas adalah dipetik dari buku "Rahsia Untuk Umat Islam" oleh Sdr. Nazri Zakaria (Terbitan E Noble Marketing)

- Ogos 2007

Monday, January 21, 2008

Penghijarahan 22 warga Sydney kepada Nur ALLAH S.W.T



22 orang warga Australia memeluk Islam dan mengaku dengan syahadah kesaksian terhadap keesaan ALLAH S.W.T dan kerasullan Nabi Muhammad S.A.W di hadapan brother Khalid Yasin dan ribuan lagi Ummat Islam Australia. Melihat klip ini membuatkan ana sedar bahawa jihad mereka di bumi yang dinaungi dan dikelilingi pemerintahan bukan Islam adalah menyebarkan kebenaran Islam seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W lebih 1400 tahun dahulu dan mereka berusaha menjalankan dan memenuhi tanggungjawab mereka. Mereka terus berjuang di jalan ALLAH dalam menyampaikan kebenaran. Jika itu sumbangan mereka terhadap agama ALLAH maka apakah sumbangan kita? Di atas landasan dan objektif apakah kita perlu terus berjuang? Bukankah orang melayu itu "Islam".. Bukankah negara ini sudah dikatakan negara "Islam"..

Ana kemudiannya sedar bahawa sebenarnya jihad kita di bumi sendiri adalah untuk terus memastikan Ummat Islam terus berada di landasan yang benar seperti yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W, maka benarlah dikatakan ulama bahawa pengertian jihad itu sendiri terlalu besar untuk ditakrifkan. Ana juga sedar bahawa kita terlalu jauh dari kesempurnaan yang dapat menjanjikan keselamatan kita dari azab ALLAH S.W.T di Alam Akhirat kelak. Keruntuhan akhlak dan hilangnya sensitiviti terhadap agama oleh Ummat Islam di negara ini sendiri terlalu menyedihkan. Tak perlulah ana untuk menyatakan dengan lebih detail lagi mengenai perkara ini kerana rasanya mereka yang membaca pasti sudah jelas dengan keadaan sekarang.

Ummat Islam lebih memandang ke arah barat untuk contoh dan teladan. Berapa ramai ibubapa yang ingin menamakan anak mereka dengan nama pejuang-pejuang Islam seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq atau Fatimah Az-Zahra? Mereka lebih berminat dengan nama-nama yang kononnya lebih "moden" seperti Joachim (anak seorang selebriti) dan Danish. Berapa ramai remaja yang mengenali pejuang-pejuang Islam seperti Nuruddin Zanki dan Salahuddin Al-Ayubi, mereka lebih didedahkan kepada lagenda-lagenda ciptaan musuh Islam seperti King Arthur dan Richard the Lion Heart atau mereka terlalu sibuk untuk mengikuti perkembangan Justin Timberlake dan mereka yang segolongan dengannya sedangkan tidak sedikit pun perhatian di berikan terhadap perkembangan bumi Palestin yang setiap hari dijajah dan diperhambakan Yahudi Laknatullah. Mungkin jika timbul sedikit rasa sensitif terhadap saudara seagama di tempat seperti Palestin, Lubnan dan Afrika maka remaja atau masyarakat Islam di sini akan lebih bersyukur dan tunduk pada kekuasaan ALLAH S.W.T.

Ana faham keadaan remaja kerana ana juga pernah berada di dalam kejahilan yang serupa suatu ketika dahulu dan ana sentiasa berdoa agar ALLAH S.W.T menetapkan hati ini dijalan yang diredhai-Nya, namun bukankah tanggungjawab kita sesama saudara Islam untuk sentiasa mengingatkan satu sama lain. Jangan sesekali salah faham dengan tujuan ana berkata sedemikian. Bukan untuk menunjuk-nunjuk perubahan diri, jauh sekali untuk merasa bangga tetapi sekadar terlintas di benak hati dan akal kurniaan ILLAHI ini bahawa maut dan kiamat itu pasti cuma tidak diketahui bila datangnya. Oleh itu jelaslah bahawa suatu hari nanti kita pasti akan bertemu dengan ALLAH S.W.T dan akan diperhitungkan segala amalan dan perlakuan kita semasa di dunia. Maka perubahan dan peringatan terhadap perkara-perkara yang menuju kearah kebaikan adalah sesuatu yang tidak boleh dilengahkan. Ia mesti dilakukan dengan segera.

Ana sedar bahawa ilmu didada ini terlalu tipis untuk ana berkata seperti ini, oleh itu ana mengharapkan teguran dan tunjuk ajar yang ikhlas serta teman untuk sama-sama berjuang di jalan ALLAH tanpa mengenepikan dan mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti seorang anak, pelajar, pekerja, majikan, warganegara dan lain-lain. Namun priority mesti diletakkan ditempat yang sepatutnya. Tanggungjawab kepada ALLAH dan Rasul dan tanggungjawab terhadap ibubapa, rakan-rakan atau kerjaya mesti difahami mana yang lebih penting? Sebagai seorang Muslim yang bercita-cita terhadap keampunan, rahmat, keredhaan dan syurga ALLAH, mereka pasti mengetahui jawapan bagi persoalan tersebut.

Sedarlah bahawa tanggungjawab untuk memastikan pembangunan Ummah agar tidak tergelincir dari ketetapan akidah dan akhlak Islam adalah tanggungjawab bersama dan kemudian marilah kita bersatu dalam menyebarkan kebenaran Islam ini pada mereka yang masih lagi terkapai-kapai dek hasutan syaitan. Semoga kita juga mampu melihat perkembangan Islam dan kehadiran saudara-saudara baru seperti yang berlaku di dalam klip di atas. Marilah kita mencontohi usaha brother Khalid Yasin dan Ummat Islam Australia. Maafkan ana jika ada kesilapan dalam tulisan ini. Sesungguhnya ana adalah hamba ALLAH yang hina lagi daif dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Yang baik itu pastilah dari ALLAH S.W.T jua.

Wallahualam...

Friday, January 18, 2008

They Won't Stop...

http://rafah.virtualactivism.net/newsphotos/07/may/30may/Funerals%20in%20Gaza.jpg

The death of Palestinians Muslim continue.
http://rafah.virtualactivism.net/newsphotos/07/may/21may/no%20silence.jpg

Tears and crying when they hear about their brother who was killed by the Israeli airstrike. They are sitting inside the hospital in Rafah.

http://rafah.virtualactivism.net/newsphotos/07/may/21may/Palestinian%20people.jpg

Palestinian people ready to pray over the bodies of four Palestinians killed in rafah during an israeli air strike

Intifatha

Do We Concern About Them?

http://www.inminds.co.uk/may17-03-724.jpg

Oh GOD..
Free my brothers and sisters in
Palestine.. Lebanon.. Jordan..
And all over the world from
the evil of the Jews..
the flame of hatred by Christians..
and every enemy of Islam..
You alone we worship..
And You alone we ask for help..
Help us our All Mighty GOD!!!
ALLAHU AKBAR!!!

http://www.palestina.is/frjalspalestina/Pictures/fullsize/EldarFreePalestine.JPG

Berhentilah membaca jika tidak ada perasaan
kasih dan sayang terhadap Al-Aqsa..
Sedang kita berseronok di sini..
Mereka menangis meratap kehilangan
Ayah.. Ibu.. Saudara.. Pemimpin..
Sesungguhnya Ayah mereka adalah ayah kita..
Ibu mereka adalah Ibu kita..
Dan mereka adalah saudara-saudara kita..
Sakit mereka sakit kita jua..
Sedarlah bahawa kita adalah Palestin
Dan Palestin adalah kita..
Sayang sekali ummat Islam di bumi Melayu
ini terlalu sibuk mengejar hiburan duniawi
dan kepentingan diri..
Di manakah integriti kita sewaktu
maruah Islam dihinjak..
diludah dan dicemuh Yahudi dan
konco-konconya di bumi Palestin..
Apakah sumbangan kita terhadap
perjuangan mereka yang berusaha
menegakkan Agama ALLAH ini..
Sehinggakan ada di antara mereka
yang bersolat juga
terlalu kedekut untuk
menghantar semudah-mudah
doa buat perjuangan mereka..
Bukankah kita terlalu mementingkan diri kita sendiri?
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi
nescaya kamu akan
dikasihi oleh
mereka yang tinggal di langit."
Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud :
"Gambaran kehidupan orang yang
beriman dari segi kasih sayang,
saling bersimpati dan saling cinta mencintai
samalah seperti anggota tubuh yang jika
salah satu daripadanya mengadu kesakitan,
ia melibatkan seluruh anggota lain yang
tidak tidur malam dan demam."
Marilah kita tanamkan rasa cinta
di antara sesama muslim..
Hanya dengan itu sahajalah dapat
kita membangkitkan rasa sensitif
terhadap kezaliman dan pencemaran
Yahudi Laknatullah ke atas bumi suci Al-Aqsa

The image “http://www.damascus-online.com/images/blowin_in_the_wind.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Barangsiapa yang Allah berikan hidayah kepadanya
maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya
dan barang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada sesiapa
pun yang dapat memberikan hidayah kepadanya..


Wallahualam..

Thursday, January 17, 2008

Azab Dalam kubur

Pada dasarnya manusia itu akan melalui empat alam, yaitu alam arwah, alam dunia, alam barzah (alam kubur), dan alam akhirat. Untuk alam yang disebutkan pertama dan kedua, kita yang masih hidup tentu pernah melewatinya.

Sementara untuk alam yang ketiga dan keempat, akan dilewati setelah manusia berpulang kepada Dzat yang Maha Menciptakan. Di antara keempat alam tersebut, alam yang ketigalah yang ada hubungannya dengan pertanyaan yang Anda ajukan.

Alam barzah atau alam kubur merupakan alam ghaib. Ertinya, segala peristiwa yang terjadi di alam tersebut tidak dapat dijangkau oleh penglihatan mata. Dan hanya Allah saja yang mengetahuinya. Sehingga, berita-berita yang terkait dengannya dapat kita peroleh melalui hadis Nabi Saw. Oleh karena itu, tidak sedikit di antara kita yang tidak percaya akan adanya alam ini. Bahkan ada yang latah mengatakan - berdasarkan pengkajian mereka terhadap terjemah Al-Quran - bahwa siksa kubur itu tidak ada, karena Al-Quran secara eksplisit memang tidak pernah menyatakan demikian.

Kalau kita membaca terjemahan Al-Quran, memang kita tidak akan menemukan kata ''siksa kubur,'' tetapi secara implisit dalam QS al-Taubah/9: 101 dinyatakan: ''... Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.'' Dalam tafsir Ibn Katsir dijelaskan, lafazh asnu'adzdzibuhum marratain (Kami akan siksa mereka dua kali) dalam ayat tersebut, maksudnya adalah siksa di alam dunia dan siksa di alam kubur.

Oleh karena itu, ketika kita menjumpai orang yang sedang menghadapi maut, Rasulullah saw memerintahkan kita untuk mengajarkan kalimat tauhid secara berulang-ulang, yaitu membaca kalimat thayyibah ''Laa Ilaaha Illallah.'' Nabi bersabda: ''Laqqinu mautakum bikalimati laa ilaaha
illallah'' (Ajarilah orang yang akan mati dari kamu dengan kalimat laa ilaaha illallah) (HR Muslim).

Talqin itu sendiri dapat berarti mengajarkan atau menuntun. Mentalqin mayit berarti juga mengajarkan kepada si mayit untuk mengucapkan kalimat tauhid (thayyibah). Sebab, ketika seseorang sedang menghadapi ajal, ia akan diingatkan pada hal-hal yang akan ditinggalkannya, seperti perbuatan maksiat, ingat keluarga, rasa dahaga yang sangat mencekam, dan sebagainya. Di saat seperti inilah, tidak menutup kemungkinan syaitan yang tampak seperti kerabatnya sendiri akan menggodanya. Inilah pentingnya talqin bagi si mayit.

Talqin dapat dibedakan menjadi dua macam, (1) talqin kepada orang yang mau meninggal, dan (2) talqin kepada jenazah yang sudah dikuburkan. Untuk kategori pertama ini bertujuan agar orang yang akan meninggal dunia itu tidak mengucapkan kalimat lain kecuali kalimat thayyibah tersebut, sebab Nabi pernah bersabda: ''man kana akhira kalamihi laa ilaaha illalah dakhalal jannah'' (barangsiapa yang pada akhir ucapannya mengatakan laa ilaaha ilallah, maka ia akan masuk surga). Sedangkan untuk kategori yang kedua bertujuan agar si mayit di alam kubur mendapatkan berkah dari bacaan kalimat thayyibah tersebut, seperti dilapangkan alam kuburnya, diringankan siksa kuburnya, diampuni segala dosanya, dan lain sebagainya. Dan sekaligus nasihat bagi yang datang di kuburan.

Banyak riwayat menyebutkan tidak hanya kalimat thayyibah saja yang dapat meringankan siksa kubur. Dalam sebuah riwayat lain dijelaskan Surat Mulk juga memberikan faedah dapat mencegah adanya siksa kubur. Nabi bersabda: ''Satu surat dalam Alquran yang berisi 30 ayat dapat memberikan pertolongan kepada pembacanya sampai diampuni segala dosanya, yaitu surat yang diawali dengan lafazh 'tabarakalladzi biyadihil mulk...'' (HR Turmudzi).

Hadis ini menunjukkan orang yang senantiasa membaca Surat al-Mulk, baik dalam waktu siang maupun malam, maka akan dimudahkan segala urusannya, bahkan segala dosanya akan diampuni Allah swt. Oleh karena sangat besarnya faedah dari Surat al-Mulk ini, maka Rasulullah saw tidak akan berangkat tidur kalau belum membaca dua surat, yaitu Surat Sajdah dan Surat al-Mulk.

Selain beberapa riwayat yang telah disebutkan di atas, sebenarnya masih banyak riwayat lain yang menyebutkan hal yang sama. Sedekah, misalnya juga dapat mencegah adanya siksa kubur. Nabi bersabda: ''Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan api siksa kubur dari orang yang mendermakannya, dan orang mukmin di hari kiamat nanti akan bernaung di bawah sedekahnya sendiri.''

Hadis ini menunjukkan, disamping sedekah dapat memberikan manfaat di dunia, juga dapat memberikan manfaat hingga di alam kubur, bahkan hingga di akhirat kelak. Dalam riwayat lain disebutkan, balasan yang akan diterimanya nanti akan dilipatgandakan. Sabda Nabi: ''Hai hamba-Ku, dermakanlah hartamu, niscaya engkau akan Ku-beri derma'' (HR Bukhari-Muslim) . Pertanyaan keempat memang demikian sesuai dengan firman Allah dalam Surah al-Isra/17:79. Wallahu A'lam bi al-Shawab.(35)

p/s : Syukran dan kredit pada saudara Sham moderator forum dari http://www.perakonline.com
*Saya sekadar penyampai.

Mencari Cinta - Nya

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah lambang satu cinta yang sungguh agung. Baginda telah diundang bertemu Allah SWT dengan penuh cinta dan kasih sayang, setelah Baginda melalui detik-detik ujian yang paling getir dalam hidup Baginda. Mi’raj bagi umatnya adalah solat. Jika Nabi Muhammad s.a.w. mi’raj ke langit bertemu Allah SWT, pasti dalam solat yang diwajibkan kepada umat Nabi Muhammad itu mengandungi rahsia yang membawa kepada cinta Allah SWT. Rahsia di sebalik peristiwa ini dan juga solat telah menggamit hati di Black & Brown untuk menggali topik mengenai solat dan keagungan cinta Allah SWT.



Pasti ramai di antara kita yang melakukan ibadat solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan ibadah yang lain, namun, berapa ramai antara kita mendirikan ibadah ini dengan penuh rasa cinta dan rindu kepada Allah SWT? Solat mengajar kita erti cinta. Lima kali setiap hari kita dilaungkan untuk menuju cinta Allah yang abadi. Orang yang solat itu beruntung, kerana sekiranya solatnya yang didirikan dengan penuh kecintaan maka ia akan dibalas dengan cinta yang lebih kudus dan agung. Prinsip ini dinyatakan melalui sebuah Hadis Qudsi, iaitu setiap kali seorang hamba mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya dalam majlis dan khalayak yang lebih baik dari apa yang ada pada manusia.



Dalam seumur hidup, seseorang yang menunaikan solat akan berdiri dalam solatnya itu sebanyak 372,300 kali dan sujud sebanyak 744,600 kali ( dengan anggaran umur selepas baligh 60 tahun). Alangkah indahnya jika setiap kali berdiri, rukuk dan sujudnya itu dilakukan kerana mencari cinta Allah? Sebagaimana kesukaan anak menghadap ibu, atau kecintaan seorang kekasih berhadapan dengan kekasihnya, maka begitulah kita dengan Allah SWT. Kita akan rasa terseksa jika berjauhan. Begitulah, seseorang yang mencintai Tuhannya akan terseksa apabila berjauhan dari mengingati-Nya. Solat itulah penawar rindu bagi kita yang merindui-Nya. Setiap kali kita berdiri, rukuk dan sujud umpama langkah-langkah ketika berjalan. Sehari selangkah, lama-kelamaan pasti akan sampai jua. Allah SWT amat kasih kepada hamba-hamba-Nya, lebih-lebih lagi hamba yang mencari cinta-Nya. Justeru, adalah wajar kita menjadikan cinta Allah SWT sebagai matlamat tertinggi yang ingin kita capai sepanjang hidup kita yang terlalu singkat ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan majulah kamu menuju Allah, wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu akan dirahmati.”



Prinsip cinta diajar kepada kita, melalui kisah percintaan suci antara Adam dan Hawa yang dirakamkan di dalam al-Quran dengan begitu indah. Cinta mereka akhirnya dipisahkan setelah satu insiden yang berlaku akibat bujukan Iblis. Mereka dihantar ke dunia yang rendah. Kedua-dua kekasih ini dipisahkan dengan jarak ribuan batu, masing-masing menderita bersendirian, kerinduan. Tahun demi tahun pun berlalu sepi, tanpa berita. Setelah puluhan tahun, akhirnya cinta agung mereka bertaut kembali, setelah melalui pengalaman yang menyeksakan dek bahana perpisahan. Namun, yang lebih menyeksa ialah perpisahan mereka dengan Hadrat Allah Azza Wajalla di Syurga dan ditempatkan di sebuah kehidupan yang serba jauh dan rendah yang bernama dunia. Maka bermulalah satu episod baru cinta Adam dan Hawa. Susah senang anak Adam sepanjang zaman, dalam meniti arus kehidupan ini, hanya dengan tujuan untuk kembali mendapatkan cinta Allah SWT yang abadi yang pernah dinikmati oleh Adam dan Hawa di Syurga. Secebis kisah cinta dalam al-Quran ini, adalah suatu pelajaran yang membuktikan bahawa cinta adalah suatu perkara penting di dalam hidup manusia.


Bukti Cinta-Nya

Di dalam bacaan al-Fatihah semasa solat, kita akan bertemu dengan kalimah “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” Rangkap kata Pemurah dan Penyayang itu diulang dua kali, menjadi pengapit kepada ayat “Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam ini”. Bukankah kalimah cinta di dalam al-Fatihah yang sering diulang-ulangkan ini sudah cukup membesarkan mata hati kita mengenai hakikat bahawa Allah itu amat menyayangi diri kita?



Bukti kasih sayang dan cinta Allah ada di mana-mana. Dia menjadikan haiwan ternakan untuk manusia makan dan tunggangan. Darinya juga dijadikan susu untuk minuman dan pelbagai gunaan. Daratan di hamparkan untuk kemudahan kita bergerak. Darinya tumbuh beraneka pohon, tumbuh-tumbuhan, sayuran dan bijirin. Darinya juga terbit sumber tenaga dan kewangan kepada kita. Lautan dibentangkan untuk manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Lautan juga menyumbangkan beraneka makanan laut yang menyegarkan dan perhiasan yang mahal harganya. Matahari memberi cahaya untuk kita hidup. Ia juga sumber tenaga dan kesihatan. Bulan menyeimbang sistem pasang surut lautan dan kestabilan bumi. Pergerakan matahari dan bulan menjadi tanda untuk kita mengukur masa. Allah SWT menjadikan semuanya ini untuk manusia. Semua ini dijadikan-Nya untuk kita berbakti, membalas budi dan kasih sayang-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah pasti kamu gagal menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” An-Nahl 16:18. (Sila baca ayat 3 hingga 17 surah an-Nahl dari perspektif Cinta Allah kepada hamba-Nya dan jangan malu untuk menitiskan airmata kerinduan kepada-Nya). Justeru, seorang yang beriman wajar menghormati dan mengasihi apa yang ada di alam ini sebagai bukti cintanya kepada Dia Yang Maha Pencipta.



Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang kering hatinya dari basahan cinta Allah adalah manusia yang kering, kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang dari menyintai Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir dari manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada Tuhannya.



Cinta dan benci umpama cahaya dan gelap yang saling berlawanan. Cinta itu merubah segala kegelapan, seperti matahari dhuha yang menerangi bumi di waktu pagi. Bacalah al-Quran, tetapi kali ini dengan beralas perasaan cinta, rindu dan kasih sayang. Sujudlah dengan perasaan mencari cinta yang murni. Senyumlah dengan hati yang pengasih. Pasti solat, bacaan al-Quran, senyuman dan segala amalan yang dialas cinta itu membawa perbezaan yang amat besar pada hidup kita. Tidak hairan, jika hati yang gersang bagai empangan yang tandus kontang itu, kini dibasahi semula dengan keindahan dan keagungan cinta kepada Allah SWT.



Salah satu sifat orang beriman ialah penyayang dan amat menyintai Allah SWT. Firman Allah bermaksud: “dan orang-orang yang beriman amat menyintai Allah.” Prinsip kasih sayang ini diajar oleh Baginda dalam beberapa Hadis sahih, seperti “Orang yang pengasih dikasihi oleh ar-Rahman. Kasihlah apa sahaja yang ada di muka bumi, kamu akan dikasihi mereka yang di langit.” Mengasihi Allah dan Rasul menjadi kriteria bagi kesempurnaan iman seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul lebih ia kasihi dari ibu bapa dan anaknya.” “Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku ia kasihi melebihi dari orang lain.” Justeru, sifat seorang muslim yang benar-benar beriman itu ialah pengasih, pembelas kasihan, pemaaf dan sangat cintakan Allah dan juga Rasul.



Cinta itu adalah kuasa yang mampu menarik manusia ke arah kebenaran. Aspek keindahan cinta yang ada dalam Islam sudah cukup untuk menarik jutaan manusia agar kembali menikmati keindahan cinta Allah SWT yang agung itu. Islam tidak memerlukan keganasan, kerana keganasan membawa petaka dan menjauhkan manusia dari Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Hanya dengan rahmat Allah kamu akan bersikap lunak terhadap mereka. Jika kamu bengis dan keras hati, pasti mereka akan melarikan diri darimu. Maka hendaklah memafkan mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka mudah-mudahan kamu akan dirahmati.”



Di sebalik cinta kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada rahsia cinta Allah. Kita menyayangi manusia kerana ia adalah kekasih, pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini? Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datangnya dari Allah SWT. Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan tidak lain adalah terbit dari percikan sifat kasih sayang Allah SWT kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah SWT kepada kita. Inilah rahsia yang diungkapkan oleh al-Ghazali dalam “Kimia Kebahagiaannya”. Justeru, cinta Allah SWT itulah yang paling layak untuk kita kejar, kerana ia adalah sumber segala kecintaan dan kasih sayang sebagaimana yang disebutkan oleh al-Ghazali dalam ‘Kimia as-Saadah’nya. Kisah kasih sayang Barqa’ amat baik untuk diperhatikan. Ia meleburkan wang haji semata-mata untuk menampung perbelanjaan anak yatim yang kelaparan selama tiga hari. Dengan keikhlasannya, ratusan ribu haji umat Islam pada masa itu diterima oleh Allah SWT, sebagaimana yang diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah cinta dan kasih sayang yang agung seperti ini. Mungkin suatu hari kita termasuk di kalangan mereka yang mempraktikkan cinta agung dan meraih cinta Allah SWT itu. Firman Allah SWT bermaksud: “Sekiranya kamu membelanjakan harta seluas bumi, kamu tidak akan dapat melunakkan hati mereka, tetapi Allah sahajalah yang melembutkan di antara hati-hati mereka.”


Pencemaran Cinta

Perkataan cinta hari ini menjadi kotor kerana kita menggunakannya dengan cara salah. Cinta sudah dimurahkan dan dipermudah melalui budaya luar yang melanda masyarakat kita yang terbit dari bisikan hawa nafsu. Cinta yang asalnya murni, kini kerap kali dikait dengan cara mendapatkan kepuasan jasad. Jangan kecundangkan cinta murni suci dengan hawa nafsu. Ramai anak muda hari ini memperalatkan nafsu atas nama cinta. Tujuannya hanya untuk mengambil kesempatan. Habis madu, sepah dibuang. Mangsanya ialah anak-anak gadis yang jujur dalam mencari ‘cinta sejati’. Berhati-hatilah, kerana takrif cinta bagi lelaki ada kalanya bersalut nafsu, sementara takrif cinta wanita bagi wanita pula ialah keinginan untuk dicintai dan mendapatkan perlindungan. Pasti kedua takrif ini selamanya akan disalah ertikan. Justeru, tidak hairan hari ini ramai menjadi mangsa cinta plastik. Akibatnya ialah penyesalan yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri, ibu bapa dan keluarga selama-lamanya.



Cinta yang dibina berasaskan panduan Syariat boleh memelihara kemuliaan diri wanita dan menyelamatkan lelaki dari menjelma menjadi haiwan pemangsa yang rakus. Cinta yang dibina atas kecantikan, akan hilang bila kecantikan itu luntur. Cinta yang dibina atas asas ketampanan dan kekayaan akan melayang apabila ketampanan dan kekayaan itu lebur. Cinta yang berkekalan ialah yang dibina di atas asas-asas yang kekal. Yang kekal itu maknawi, bukan fizikal. Cinta yang berkekalan di bina di atas nilai agama dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri agama dan akhlak perlu dijadikan keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Pilihlah yang mempunyai akhlak dan agama, kamu akan berbahagia.” Lihatlah pada mereka yang sudah berumah tangga berpuluh tahun, bagaimana mereka saling cinta dan mencintai antara satu dengan lain. Cinta yang murni itu indah. Ia membawa kepada cinta Allah yang hakiki. Cinta Allah itu adalah kemuncak segala keindahan rasa yang pernah di kecapi oleh manusia. Alangkah indahnya jika umat ini balik ke pangkal jalan, setelah sesat dalam cinta palsu yang tiada kesudahan.



Rata-rata manusia telah melupakan aspek cinta dalam hubungan dia dengan Allah SWT termasuk bagi mereka yang menunaikan solat. Hablum Minannas dan Hablum Minallah adalah konsep yang berakar umbi dari perkara cinta. Perhubungan apakah yang paling rapat sesama manusia, jika tidak melalui perhubungan cinta? Dari cinta lahirnya kasih sayang. Kasih sayang itu adalah hasil dalam menterjemahkan perasaan cinta. Kerana cinta Allah maka dia sayang dan sentiasa memberi kita rezeki walaupun tanpa diminta. Belas kasihan itu datangnya dari perasaan cinta. Kenikmatan cinta tidak boleh di beli dengan wang ringgit.



Kita mudah sangat jatuh cinta pada dunia yang bergemerlapan ini. Kita tidak dilarang untuk menimba dan menikmati kebaikan dari dunia ini. Ia adalah suatu tanggungjawab kita di bumi Allah ini. Yang salah ialah apabila kita terlalu cinta pada dunia sehingga melupakan sumber kebahagiaan yang hakiki itu. Tanggung jawab kita adalah untuk menghidupkan agama-Nya supaya kehidupan kita itu makmur.



Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada kesulitan dalam memahami cinta Allah sebab ia tinggi. Pasti seseorang pernah rindukan Mekah, merindui Rasulullah, merindui ibu bapa, guru, ulama yang soleh dan lain-lain yang seumpama itu bukan? Maka, kategori cinta yang seperti inilah yang menjadi anak tangga pertama menuju cinta Allah. Tidak akan ada cinta Kaabah, melainkan sebenarnya kita menyintai Pemilik Kaabah. Tidak kita cintakan Rasulullah, melainkan sebenarnya kita cintakan Allah SWT. Begitulah analogi seterusnya dalam memahami cara menuju cinta Allah SWT. Justeru, jalan menuju peningkatan cinta antara yang terpenting ialah melalui solat hamba kepada Penciptanya.



Kerana kita cinta maka kita harus membina tamadun yang berjaya. Dan tamadun ini mestilah berasaskan ajaran Islam yang diajarkan kepada kita oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada larangan untuk kita berjaya dan tidak ada sekatan untuk kita nikmati kejayaan kita itu. Hanya kita dilarang dari berhenti mencintai Yang Maha Esa, demi kebaikan kita juga. Justeru, ada baiknya kita memulakan langkah untuk mencari cinta Allah ini melalui solat. Semoga kita berjaya meraih cinta Allah SWT suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di dalam doa Rasulullah s.a.w., “Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.” Wallahu A’lam.

p/s : Syukran dan kredit pada saudara Kalam Mas dari http://www.blackbrown.com.my
*Saya sekadar penyampai.

Wednesday, January 16, 2008

Alam Barzakh.. Siksa Kubur.. Bersedia?

Pernahkah anda melihat kuburan?
Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda?

Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini kekuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat...
Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat
Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah...
Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang mengerikan...
Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian
itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap kerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggotnya'.

Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?

Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."

Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya." HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:

Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka? Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka?

Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?.

Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka?
Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

Lalu dimana pelayan-pelayan mereka yang setia?
Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka?
Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi?
Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur?
Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal?
Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka?
Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka?
Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi?
Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja?
Bukankah mereka berada dalam kegelapan?
Mereka telah terputus dengan amal mereka.
Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap keluarganya.

Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan!
Kenapa engkau terpedaya dengan dunia?
Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan.

Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, 'Celaka engkau wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?'

Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan. Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?'
Lalu beliau rahimahullah menangis.


NASIHAT TENTANG KUBUR

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri.

'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'

Penyair lain berkata:
"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga dikuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"

Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami?

Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu? Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu?
Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara-saudaramu?


FITNAH KUBUR

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan?
Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke
dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." Al-Mu'minun: 99-100

Kemudian ia menjawab sendiri, 'Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan kerananya ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan ibadah dan takwa kepada Allah.

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api
Neraka di Hari Kiamat nanti? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan
hausnya di hari penyesalan?


SEBAB SIKSA KUBUR

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

01. Melaga-lagakan dan mengampu.
02. Tidak cebok sehabis buang air kecil.
03. Sholat tanpa bersuci.
04. Berdusta.
05. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat.
06. Tidak mengeluarkan zakat.
07. Zina
08. Mencuri
09. Berkhianat
10. Menfitnah sesama umat Islam
11. Makan riba
12. Tidak menolong orang yang dizalimi
13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki
15. Membunuh
16. Mencaci sahabat
17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.'


YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam
keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan
beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.
2. Mati syahid di jalan Allah.
3. Membaca surat Al-Mulk.
4. Meninggal kerana sakit perut.
5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.


MANFAAT ZIARAH KUBUR

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang
lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.

'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.'


SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh
wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya."
HR. Al-Bukhari

Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: "Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut." HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim

Yang dimaksud dengan sakarat yaitu ke
ngerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.

Wallahu'alam Bisshawab

Nasihat Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wallahualam..

Lagi Tanda-tanda Kiamat Kecil Berdasarkan Hadith:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka (Tsunami terbaru 26 Disember 2005 merubah mukabentuk asia keseluruhannya- Berita Harian 31 Disember 2005)." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai" - Sahih Muslim. Seperti di Negara-negara arab tanahnya subur dengan buah kurma yang asalnya padang pasir.

Tanda - tanda "Hampir" Kiamat

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.


Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra) seperti yang tertulis di dalam artikel sebelum ini. Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqidah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).


Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir

Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.

Tanda - tanda Kiamat

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

  • Asap
  • Dajjal
  • Binatang melata di bumi
  • Terbitnya matahari sebelah barat
  • Turunnya Nabi Isa A.S
  • Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • Gerhana di timur
  • Gerhana di barat
  • Gerhana di jazirah Arab
  • Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara keduamatanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orangitu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda," Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib,Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut AsmaAllah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya,menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."


@Copyright by District Office Nabawan, Pensiangan Sabah.

Sebaik-baik Manusia menurut Hadith-Hadith Rasulullah S.A.W

Manusia yang paling baik ialah yang paling baik ahklaknya. Manusia yang paling baik adalah yang paling banyak membaca dan memahami agamanya, paling taqwa kepada ALLAH, yang paling banyak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, dan paling suka menyambung tali persaudaraan. Manusia yang paling baik ialah yang paling banyak manfaatnya untuk sesama manusia. Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling baik dalam membayar hutangnya. Manusia yang paling baik ialah manusia yang berhati tulus dan berlidah lurus.


Sahabat bertanya apa yang dimaksud berhati tulus? Rasul menjawab : hati yang taqwa, bersih tidak menyembunyikan dosa, tidak lalim dan tidak dengki. Sesudah itu apa? Beliau menjawab, yang mengembangkan kehidupan dunia sambil tetap mencintai akhirat. Ditanya lagi, sesudah itu apa ? Rasul menjawab, mukmin dengan akhlaq yang baik.


Manusia yang paling baik ialah yang panjang usianya dan baik amalnya. Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling sederhana dalam dunia dan paling cinta kepada akhirat. Yang paling baik diantata kamu adalah yang membela kepentingan keluarga selama tidak dalam dosa.

Yang paling baik diantara kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya. Aku ( Rasul ) yang paling baik terhadap keluargaku, tidak akan memuliakan perempuan kecuali lelaki yang mulia, tidak merendahkan perempuan kecuali lelaki yang rendah pula. Yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya.


Yang paling baik diantara kamu adalah yang selalu mempelajari Al’quran dan selalu mengajarkannya. Yang paling baik diantara kamu adalah yang tidak meninggalkan akhirat karena dunianya dan tidak meninggalkan dunia karena akhiratnya dan tidak bergantung pada orang lain. Yang paling baik diantara kamu ialah orang yang kalau kamu pandang mengingatkanmu kepada ALLAH, yang pembicaraannya menambah ilmu dan yang amalnya mengantarkanmu kepada akhirat. Yang paling baik diantara ummatKu ialah orang yang bila engkau melihatnya engkau ingat kepada ALLAH.


Yang paling jahat diantara ummatKu ialah yang berjalan kesana kemari menyebarkan fitnah, mengadu domba orang yang saling mengasihi, berbuat kejam, menganggu orang tanpa tanggung jawab. Yang paling jahat diantara ummatKu ialah yang lahir dan tumbuh besar ditengah kemewahan, lalu perhatiannya hanyalah macam-macam makanan, pakaian dan menyombongkan diri dalam pembicaraan.


Yang paling baik diantara ummatKu ialah yang bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain ALLAH dan Aku adalah Rasulullah, yang apabila berbuat baik merasa bahagia,bila berbuat salah meminta maaf. Yang paling baik diantara ummatKu ialah para ulamanya. Yang paling baik diantara ulamanya adalah yang paling penyanyang diantara mereka. Ketahuilah, ALLAH akan mengampuni empat puluh orang alim sebelum mengampuni satu dosa orang jahil.


Yang paling baik diantara ummatKu adalah yang berdo’a sambil membawa manusia kepada kecintaan kepada-Nya. Yang paling baik diantara orang islam ialah mereka yang orang lain selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Amal yang baik engkau tinggalkan dunia dalam keadaan lidahmua basah karena berzikir kepadaNya. Amal yang paling baik adalah beriman pada ALLAH, kemudian berjihad, kemudian haji yang mabrur, cinta karena ALLAH, benci karena ALLAH, sholat pada waktunya dan berbuat baik pada orang tua, ilmu karena ALLAH.


Ilmu akan bermanfaat bersamamu dengan amalmu, baik amal itu sedikit maupun banyak. Bekerja mencari nafkah secara halal, engkau masukan rasa bahagia kedalam hati saudaramu yang mukmin, engkau bayarkan hutangnya, engkau berikan dia makanan. Amal yang paling utama iman pada ALLAH dan mencintai manusia.


Iman yang paling utama, engkau mencintai dan membenci karena ALLAH, engkau gerakan lidahmu untuk berzikir, engkau mencintai manusia seperti mencintai diri sendiri. Engkau benci sesuatu menimpa manusia seperti engkau benci hal itu menimpa dirimu sendiri. Engkau berkata baik atau diam.


p/s : Syukran dan Credit buat Saudara Irvan N.Hassan dari Indonesia yg menulis artikel ini.

* Saya sekadar penyampai.