Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Tuesday, August 28, 2007

Warisan

By Allahyarham Sudirman Hj Arshad
(Al - Fatihah)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sunday, August 26, 2007

CERMIN DIRI

Kepada Semua
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi, diam-diam berisi

Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong
sana-sini boleh kelentong

Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah

Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam
bertelur sebiji, riuh sekampung

Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus, tidak gembar-gembur

Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri

Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!
Dan yang sentiasa bersikap sinis
menganggap orang lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata, kita semua sama, tiada yang sempurna!

Nukilan: Aliyah

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad...
Jasa mu.. Perjuanganmu.. Tangismu.. Dan Keringatmu..
Hanya Tuhan Yg Maha Esa dapat membalas...

p/s : Salam Kemerdekaan yg ke 50 buat anak2 kemerdekaan dan bapa2 perjuangan... Semoga kita tidak lupa lagi... InsyaALLAH!!!

Friday, August 24, 2007

Black?

Your color is black. The color of night. Serene and mysterious, black conjures up images of elegant evening gowns, dashing tuxedos, and gleaming limousines. Traditionally a symbol of success, black also represents power and an uncompromising demand for perfection. Not surprisingly, you tend to set challenging goals for yourself and do whatever it takes to achieve them — your strength of character is second to none. This unfaltering determination, along with your natural elegance, impresses people. But keep in mind that your personality might be intimidating to some. Try to temper your demanding side with a little softness — trust us, it won't kill you. Overall, though, black is the color of professionalism and achievement, which means it's clearly the color for you.

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W - Muhammad Ibnu Azzabihain.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Segala puji tertentu bagi Allah .Kami memujinya meminta pertolongannya memohon keampunannya dan bertaubat kepadanya. “Dan kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri sendiri dan dari keburukan amal perbuatan kami.”

Sesiapa yang diberi pertunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.Aku bersaksikan (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran ) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah,dan bahawa sesungguhnya (aku) Muhammad ialah hamba Allah dan pesuruhnya.

Aku berpesan dan berwasiat kepada kepada kamu wahai sekalian hamba Allah, hendaklah kamu sentiasa bertakwa kepada Allah dan taat kepadanya. aku pula sentiasa memulakan (sebarang kerja dan tingkahlaku) dengan menggunakan perkara yang baik.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

- Kasih dan sayangnya Rasulullah kpd kita umatnya..

One Tree Hill

Hensel said to Gretell,"Let us drop this great crumbs so together we can find way home, because losing our way will be the cruelest thing." This year i lose my way.
Losing ur way in a journey is unfortunate but losing ur reason for the journey is a faith more cruel. The journey last for 8 months, sometimes i travel alone and sometime there were others who took the wheel and took my heart. But when the destination was reached it wasnt me who arrive, it wasnt me at all.
When u lose ur self u have 2 choices, find the person who u used to be or lose the person completely because sometime u have to step outside the person u have been and remember the person u were meant to be, the person u wanted to be, the person u are.

Wednesday, August 01, 2007

Nyata.. Hak.. dan Hakikat..

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorangtetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana bolehjadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Ini cuma secebis tulisan yang keluar dari minda yang tidak ada jawapan yang jelas. renung dan fikirkanlah dgn akal kurniaan tuhan agar yang kabur makin jelas dan yang jelas kian nyata dan yang nyata menjadi hak. insyaallah.