Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Wednesday, September 12, 2007

Hadith-Hadith Berkenaan Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Thursday, September 06, 2007

Bimbang dan Sayangnya Rasulullah Kepada Kita Ummatnya..

Pada suatu hari Jibrail turun, "Wahai Muhammad, apa yang kau peningkan, apa yang kau susahkan, apa yang kau renungkan? Sesungguhnya ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu setahun sebelum dia meninggal." Jawab Rasulullah, "Terlalu lama wahai Jibrail." Maka Jibrail pun pulang.

Tidak lama kemudian turun kembali Jibrail, "Wahai Muhammad, ALLAH S.W.T kirim salam kepadamu, ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu sebulan sebelum dia meninggal." Jawab Rasulullah, "Terlalu lama wahai Jibrail." Maka Jibrail pun pulang.

Tidak lama kemudian turun kembali Jibrail, "Wahai Muhammad, ALLAH S.W.T kirim salam kepadamu, ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu seminggu sebelum dia meninggal." Jawab Rasulullah, "Terlalu lama wahai Jibrail." Maka Jibrail pun pulang.

Tidak lama kemudian turun kembali Jibrail, "Wahai Muhammad, ALLAH S.W.T kirim salam kepadamu, ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu satu hari sebelum dia meninggal." Jawab Rasulullah, "Terlalu lama wahai Jibrail." Masih lagi Rasulullah risau dan sayangkan kita ummatnya. Maka Jibrail pun pulang.

Tidak lama kemudian turun kembali Jibrail, "Wahai Muhammad, ALLAH S.W.T kirim salam kepadamu, ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu satu jam sebelum dia meninggal." Dan jawapan Rasulullah tetap sama, "Wahai Jibrail, masih lagi terlalu lama." Maka Jibrail pun pulang.

Tidak lama kemudian turun kembali Jibrail, "Wahai Muhammad, ALLAH S.W.T kirim salam kepadamu, ALLAH S.W.T mengampunkan dosa ummat mu sebelum nyawanya sampai pada halkumnya." Dan barulah lapang hati dan dada Rasulullah. Begitulah risau, sayang dan kasihnya Manusia Terpuji, Rasul dan Kekasih ALLAH S.W.T itu kepada kita.

p/s: cerita dan kisah ini saya tuliskan semula hasil dari petikan ceramah Ustaz Ismail Kamus. Semoga jika ada salah dan silap dalam penulisan ini, akan saudara-saudari yang membacanya menegur saya dan saya memohon setinggi-tinggi maaf terlebih dahulu. Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.

Manfaat Surah Yaa Siiin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:



1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.