Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Sunday, February 03, 2008

3 Soalan

Sebuah kisah yang diforwardkan kepada ana..
Sekadar untuk iktibar..

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah anda boleh menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba ALLAH dan dengan izin-Nya saya
akan jawab pertanyaan anda.


Pemuda : Anda yakin? Sedangkan ramai bijak pandai juga
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sekadar kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan ;

1. Jika memang Tuhan itu ada, tunjukkan
kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa
dimasukkan ke neraka yang juga dibuat dari
api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana
mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan
tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda itu dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya
ke atas 3 pertanyaan anda tadi.

Pemuda : Maksud tuan?

Kiyai : Bagaimana rasa tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama... Kita semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu
melihatnya. Apakah malam tadi anda bermimpi
ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah anda terfikir yang anda akan menerima
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda dibuat dari apa?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Pipi anda dibuat dari apa?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasa tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga
dibuat dari api, jika Tuhan mengkhendaki maka neraka
akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

P/s : Perkara yang mudah namun kita tidak pernah mahu mengerti. Agak memelikkan juga kenapa Ummat Islam khasnya terlalu degil untuk menerima perintah dan larangan dari ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W sehingga memerlukan kajian sains untuk membuktikan sesuatu barulah hendak dipercaya. Lemah sungguh iman kita.

Sekadar renungan dan iktibar buat kita bersama...

Wallahualam...

No comments: