Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Friday, March 24, 2006

Sedar!!

Salam ukhuwah..

Apalah erti kehidupan di dunia ini tanpa cabaran? apalah makna sebuah kehidupan kalau tidak di datangkan dugaan? Andai, sepanjang perjalanan kehidupan ini sejak tapak kaki sebesar 2 jari sampailah tertutup mata nanti tanpa ada sekelumit rasa susah, bukanlah dunia namanya tempat berpijak. Apalah yg indahnya dengan hidup ni tanpa cabaraan dan dugaan? Mungkin ia menjadi sebuah kehidupan yg amat membosankan kerana segala apa yg di mahukan tersedia di depan mata tanpa perlu susah payah berusaha.

Assalamualaikum.. aku minta maaf kalau aku mula dengan bahasa yang agak keras.. biarlah keras asalkan maksudnyer sampai.. macam mak selalu cakap, sampaikan benda yang betul walaupun ia menyakitkan.. dah lama aku tak menulis dan aku tak pasti ape tujuan aku menulis kali nih.. entah la mungkin sebab aku baru terjaga dari hidup yang melekakan..

Hidup dan kehidupan ada batasan. Nikmat dan hikmah dalam setiap kejadian yg ditimpakan patut dijadikan renungan, pengajaran dan panduan utk melalui sisa-sisa perjalanan. Maha Mengetahui menyediakan dugaan untuk kehidupan. Namun, sebagai hamba serba kekurangan ada yg terpaksa kecundang. Walau apapun 'permainan' dalam kehidupan ni ia bukan ibarat berjalan dalam gelap tanpa sebarang cahaya. Mungkin hanya segelintir yg sengaja 'memejamkan' mata dan membiarkan diri entah kemana.Pedaskan ayat tuh.. jangan salahkan bahasa kalau kita terasa.. buka mata tepuklah dada.. dan cuba tanye dimana kita?? merenung bukan dengan hati tapi akal kurnia ILLAHI...

Ayah pernah pesan kat aku, kalau kau memancing ikan setelah ikan itu terlekat pd mata kail, terusla ambil ikan tu, jangan pulak kau lepaskan dia semula ke dalam air macam tu aja sebab sakitnya tajam mata kail dan mungkin ikan tu akan terseksa walaupun dia masih hidup... aku mula paham kata-kata ayah, setelah kita memberi banyak harapan kepada seseorang dan setelah org tu mula untuk sayangkan kita, kita mesti menjaga hatinya. ya ALLAH.. macam mana aku nak jaga hati orang lain sedangkan hati mak dan ayah pun kadang2 aku terabaikan.. derhaka ker aku?? astaghfirullah hal azim...

Aku juga mula paham, kalau kita menadah air biarlah ia berpada2, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah mengharap ia begitu teguh, cukup sekadar keperluan kita, apabila takungan tuh mula retak memang susah untuk menampal balik... sudahnya ia akan di buang... sedangkan kalau diperbaiki mungkin kita masih buleh menggunakannya. Macam tu lah juga bila kita memiliki seseorang, terima laa dia seadanya... ingat bahawa dia juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan memiliki kekurangan. apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kita menerimanya... akhirnya kita akan meninggalkannya, sedangkan jika kita memahami keadaan dan memaafkannya, insyaALLAH mungkin hubungan tu akan berterusan.

Dipesan orang tua-tua jika kita ada sepinggan nasi yang kita pasti baik untuk diri kita, mengenyangkan... berkhasiat, kenapa perlu kita berlengah untuk cuba mencari makanan yang lain... terlalu mengejar kelazatan nanti nasi tu akan basi... kita tak boleh memakannya... dan kita harus menyesal. macam tu juga kalau kita berjumpa dengan seorang insan yang kita pasti membawa kebahagiaan kepada diri kita... menyayangi kita lebih dari dirinye sendiri... mengasihi kita lebih dari yang lain, kenapa kita harus berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan... kelak kita jugak akan kehilangannya... dan dia akan terluka.Maksud al-Hadith Rasulullah SAW -- Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Menunggu itu membosankan. Memang. Aku pun tak suka dengan pekerjaan yang satu ni dan aku juga tak punya cukup kesabaran untuk hal ini. Walaupun tak suka, aku selalu terjebak dengan perkara yang perlu ditunggu. Sehingga akhirnya ketika harus menunggu,aku belajar untuk memakai kesempatan ni dengan melihat dan merenungkan tentang apa yang aku lihat. Semoga kita dan yang lain akan memperoleh manfaat dari menunggu dan bersabar.Ape yang aku tuliskan ni adalah sekadar renungan untuk kita menghadapi kehidupan dan membuat keputusan. Aku pasti ini akan membantu kerana landasan hidup aku dan yang lain juga adalah sama. Moga2 org yang membaca artikel nih di masa akan datang akan lebih memahami.. InsyaALLAH..

No comments: