Salam Ukhwah

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

The Iqra sekadar medan peringatan buat yang terlupa..
Diwujudkan tidak untuk mendabik dada..
Bukan menghebah-hebahkan keadaan semasa..

Sekadar memenuhi tuntutan agama..
Untuk ingat-mengingati kasih-mengasihi sesama manusia..

Siapalah kita kalau bukan hamba-Nya yang hina..
Yang pasti kita ketemui disuatu masa..
Akan dipertanggungjawabkan segala amalan di dunia..

Thursday, March 09, 2006

Bersyukurkah kita??

Artikel kali ini cuba mengajak kita lihat soal kezuhudan rasulullah s.a.w,kezuhudan kita dan adakah kita bersyukur???supaya kasih kita kepada Rasulullah s.a.w bertambah.Sesuailah dengan hadith Rasulullah s.a.w :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Makam rasulullah s.a.w terletak di dalam bilik aisyah.Bilik yang kecil,kosong dan tiada apa.Adapun rasulallah s.a.w dan keluarganya membesar dengan memakan buah kurma dan yang paling enak pon adalah daging kering.Adapun Rasulullah s.a.w memiliki 2 helai pakaian sahaja,sepatunya ada satu,itu pon yang sudah begitu buruk.Apabila koyak akan dijahitnnya sendiri.

Terjadi satu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka,tidak ada sedikit makanan pon untknya berbuka,lalu Rasulullah s.a.w berbuka dgn air kosong.Begtulah berlalu selama dua hari.Tiba waktu berbuka hari ketiga Rasulullah s.a.w mendapati ada tertinggal sebiji tamar.Itulah yang menjadi juadah untuk berbuka.Namun tamar itu dibelah dua untuk dirinya dan aisyah.Memandangkan aisyah ketika itu masih kecil.Tidak mencukupi,lalu aisyah makan 3/4 drpd tamar tadi.Sehingga tibalah hari keempat...sudah cukup lama kekasih Allah menahan lapar...Rasulullah s.a.w tidak tahan dan selepas solat zohor baginda hampir pitam.

Sehingga tahap itu...barulah Rasulullah s.a.w mengangkat tgn
"kepadamu lah ya Allah,saya mengadu,hambamu cukup lapar,hambamu cukup dahaga,berilah kepada aku sedikit yang ada daripadamu"
.Kebetulan doa suara hati yang perlahan Rasulullah s.a.w itu didengar oleh zaid.Pada ketika itu zaid merasa bumi ini semacam bergoncang,debu-debu berterbangan,seperti ribut besar.Lalu,tercegat makhluk Allah iaitu malaikuljibal(malaikat yang menjaga gunung) dan makulrizki(malaikat yang menjaga rezeki) menyatakan "Kami tidak tahan mendengar rintihanmu ya muhammad,suaramu kedengaran sehingga al malail a'la.Kamu mengadu kamu lapar sedangkan aku menjaga bukit,aku boleh jadikan bukit ini emas dan berikan kpdmu ya muhammad ".Sementara malakurrizki "aku yang bertugas memberi rezki kpd insan semua,sebanyak mana pon aku boleh kasi.Sekarang Allah menyuruhku bertanya kpdmu sebutlah apa yang kamu inginkan" .Oleh kerana sifat,iman dan hati Rasulullah s.a.w yang tinggi,baginda tidak meminta kpd malaikat tadi.malaikat pun makhluk sepertinya,jika Allah tidak mengizinkan maka tidak jadi.Lalu Rasulullah s.a.w sekali lagi menadah tangannya mengadu kpd Allah...
"Oh tuhan,yang saya nak mintak ini kalau boleh ya allah...berilah saya sehari yang saya boleh makan dan seterusnya hari yang lapar.Hari yang saya kenyang akan saya sentiasa berzikir memujimu dan hari yang lapar saya akan mengadu kpdmu ya Allah"
Malaikat mengatakan aku nak jadikan kepadamu bukit emas supaya kamu kaya,kamu boleh senang.tetapi rasulullah s.a.w membalas
"Bukan itu yang aku mahukan,yang aku mahukan adalah keredhaan tuhanku.Kalau aku seorang sahaja yang kenyang sedang umatku sedang lapar apa gunanya...tapi keredhaanmu ya allah aku pohonkan...berilah keredhaanmu kpdku ya allah..."


Kita yang hidup senang lenang,rezeki melimpah ruah adakah kita bersyukur kpd Allah???
Sepatutnya semakin banyak nikmat Allah kepada kita,semakin kita bersyukur kepada Allah.Dan semakin mekarlah islam di muka bumi ini.tapi begitukah???

Syeikhulislam Imam al-ghazali apabila ditanya mengenai kesyukuran sesebuah masyarakat.Apakah tanda sesebuah masyarakat itu bersyukur kpd Allah?Ada 3 perkara yang menjadi tanda;
1)Adakah di sesebuah kampung itu ada masjid?jika tidak ada...boleh dikatakan masyarakat kampung itu langsung tidak tahu bersyukur kpd Allah.

lalu ditanya,jika ada masjid di suatu kampung bersyukurkah masyarakat kampung itu?jawab imam al-ghazali "tidak".

2)Jika ada masjid,antara rumah penduduk dan masjid,mana satu yang lebih besar?Jika rumah lebih besar...boleh dikatakan masyarakat kampung itu mementingkan perut sendiri dan tidak sayng kepada islam.

lalu ditanya lagi,jika masjid lebih besar daripada rumah-rumah adakah sudah cukup kesyukuran mereka?jawab imam ghazali...

3)jika masjid lebih besar daripada rumah ,maka lihatlah saf-saf ketika solat subuh.Jika ramai ...maka besarlah kesyukuran masyarakat di situ.Jika sedikit jemaah...maka sedikitlah kesyukuran masyarakat di situ.

Firman allah ta'ala :"jika kamu bersyukur,akan ku tambah nikmat kpd mu dan jika kamu kufur ,azabku amatlah pedih"

begitulah yang berlaku di Bosnia dahulu...jika dilihat,masjid di sana hanyalah kecil-kecil belaka,kebanyakannya memuatkan 20~30 org.Plg besar pon hanya memuatkan lebih kurang 100 org.

Artikel ini ditulis oleh Halimazumz.. Semoga perkara yg baik akan terus kita sampai2 kan..

No comments: